Sabtu, 13 Disember 2014

FAEDAH - FAEDAH MEMPELAJARI PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

FAEDAH - FAEDAH MEMPELAJARI PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA.

1. Warisan budaya Malaysia. 

 Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau dan congkak. Namun begitu, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini.Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas? Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila.
2. Sebagai produk pelancongan.
 Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa. Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara. Izharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia.


3. Sebagai medium hiburan tanah air.

Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun negara. Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini.  Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai dalam mengekalkan permainan tradisional ini. Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan