Sabtu, 13 Disember 2014

USAHA - USAHA YANG PERLU DILAKSANAKAN DALAM MEMARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL

USAHA - USAHA YANG PERLU DILAKSANAKAN DALAM MEMARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL


1. Peranan ibu bapa.

Langkah utama ialah ibu bapa perlu menunjukkan minat yang mendalam terhadap permainan tradisional.  Ibu bapa perlu bersama-sama anak-anak untuk bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, batu seremban, wau, gasing dan sebagainya untuk mendidik anak-anak menyukai permainan tersebut ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnyaSelain itu, ibu bapa perlulah memberi sokongan dengan membeli alatan permainan tradisional agar minat anak-anak tidak hilang.  Sesungguhnya, ibu bapa mampu mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan anak-anak
 
 
2. Peranan pihak sekolah.

Pihak sekolah jua boleh memainkan peranan menubuhkan Kelab Permainan Tradisional dalam usaha untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar.  Melalui kelab ini, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara permainan tersebut dimainkan dengan lebih teratur hasil bimbingan guru penasihat.  Pertandingan permainan tradisional juga perlu dianjurkan secara besar-besaran agar permainan ini terus popular dan tidak dianggap sebagai ketinggalan zaman ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang sangat besar dalam mempopularkan permainan tradisionaL.


3. Peranan pihak governan.

Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk mempopularkan permainan tradisionalKempen kesedaran ini boleh dilakukan melalui media seperti televisyen, radio, Internet dan sebagainya untuk menyedarkan masyarakat kita tentang kebaikan permainan tradisionalDalam kempen ini, masyarakat akan dijelaskan tentang keunikan permainan tradisional sebagai warisan bangsa yang perlu diketengahkan dan menjadi kebanggaan rakyat serta menjadi tarikan pelancong asing.   Jelaslah bahawa, jika kerajaan merangka kempen kesedaran dengan baik, pasti hasilnya amat memberangsangkan.


4. Peranan pihak badan - badan swasta.

Selain itu, pihak swasta seperti badan-badan korporat dan syarikat-syarikat perniagaan juga bertanggungjawab untuk memainkan peranan dalam usaha mempopularkan permainan tradisonal ini.  Pihak swasta boleh menyalurkan sumbangan kepada komuniti setempat untuk membina sebuah pusat riadah permainan tradisional.  Di samping itu, mereka juga perlu menyediakan peralatan yang lengkap untuk kemudahan orang awam menggunakan pusat riadah tersebut sebagai bukti khidmat sosial mereka kepada masyarakat.  Jelaslah, pihak swasta turut mempunyai peranan dalam mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat.























.


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan